Sabtu, 18 Februari 2012

Wanita Melayu 43, kekasih Nigeria 28

Seorang wanita Melayu dan kekasihnya seorang lelaki Nigeria ditahan di ibu negara pada 14 Februari lalu kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan menyeludup dadah yang dianggarkan seberat 75 kg dan bernilai RM18.7 juta ke dalam negara.

Mereka merupakan dalang kepada sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah yang kegiatan mereka berjaya dipatahkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.

Dua keldai dadah yang merupakan lelaki Melayu turut ditahan.

Timbalan Pengarah JKDM Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Siti Baya Berahan berkata, wanita Melayu itu berumur 43 tahun sementara warga Nigeria berkenaan berumur 28 tahun, manakala kedua-dua keldai dadah tersebut berusia 25 dan 27 tahun.

Beliau juga berkata, wanita tempatan itu dipercayai merupakan pemilik sebuah agensi perjalanan di ibu negara sementara kekasihnya itu sedang mengikuti pengajian dalam bidang komputer di sebuah kolej swasta sejak dua tahun lalu.

Pasangan itu ditahan di sebuah rumah di Kepong manakala kedua-dua lelaki berkenaan ditahan di lokasi berasingan ketika melakukan penyerahan bagasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan