Jumaat, 24 Februari 2012

17 tahun, 2 kebakaran

Tujuh belas tahun lalu , keluarga Jumahat Samsuri, 60, pernah tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran.

Walaupun berdoa semoga kejadian itu hanya berlaku sekali dalam hidup, namun takdir tetap menguji ketabahan hati mereka apabila kejadian serupa menimpa lagi pagi ini.

Rumah yang didiami Jumahat bersama isteri, Siti Khadijah Sadirin, 53, dan anak bongsu mereka di Kampung Jawa Hulu Pulai Sebatang di sini musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 11.30 pagi.

Bagaimanapun, mujurlah tiada siapa berada di rumah ketika kejadian kerana dia dan isteri keluar bekerja, manakala anak bongsunya belajar di tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Baloi.

Menurut Jumahat, rumah berkenaan dibina di bawah projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) selepas kejadian pertama.

“Ibu saya, Salamah Mat Kisan, 75, yang tinggal di rumah bersebelahan ternampak api mula marak di bahagian dapur sebelum terdengar bunyi letupan.

“Ibu cuba padamkan api dengan menyiram air menggunakan baldi tetapi api terus marak sehingga ke bahagian hadapan rumah. Ibu saya kemudian meminta bantuan jiran,” katanya yang mempunyai enam orang anak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan