Rabu, 29 Februari 2012

Seks dalam kereta tepi surau

KOTA DAMANSARA - Tindakan sepasang pelajar asing membuat hubungan seks di dalam kereta di tepi sebuah surau di Seksyen 6, kelmarin mengundang kemarahan penduduk setempat.

Perbuatan tidak senonoh pasangan warga Afrika disedari oleh seorang ahli jawatankuasa surau yang kebetulan melalui blok rumah yang menempatkan asrama pelajar sebuah kolej kira-kira jam 10 pagi.

Kelakuan tersebut menyebabkan penduduk berang dan bertindak memancitkan tayar kereta tersebut.

Ahli Jawatankuasa Surau An-Nur Flat Gugusan Seroja, Harun Ali berkata, dia sangsi selepas melihat kereta Myvi berwarna putih di letakkan di parkir blok berkenaan bergoyang.

“Bila saya pergi lihat di tingkap kereta terbabit, saya lihat pasangan warga Afrika sedang melakukan hubungan seks di belakang kereta,” katanya.

Selasa, 28 Februari 2012

Pengutip kotak yang kutip hamba seks dipenjara 10 tahun

Angkara nafsu tidak bertempat, seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah atas dakwaan memperdagangkan seorang wanita Indonesia sebagai hamba memuaskan nafsu seksnya.

Tertuduh, Yusoff Mat Rani, 61, yang bekerja sebagai pengutip kotak dituduh memperdagangkan mangsa yang berusia 24 tahun dengan cara melindunginya bagi maksud eksploitasi seks dalam tempoh enam bulan pada Jun hingga Disember 2011.

Mengikut fakta kes, wanita terbabit datang ke negara ini pada Jun 2011 dan bekerja sebagai pembantu rumah di Wakaf Bharu dekat sini tetapi melarikan diri daripada majikannya atas alasan tidak tahan bekerja.

Wanita itu kemudian dihantar oleh orang awam ke Jabatan Imigresen kerana dia tiada pas perjalanan.

Bagaimanapun, ketika sampai ke Jabatan Imigresen, pejabat itu sudah ditutup kerana tamat waktu bekerja.
Mangsa kemudian bertemu tertuduh sebelum tertuduh mengajak wanita terbabit ke rumahnya di Kampung Limau Manis di sini - Kosmo

101 kegunaan untuk Proton Wira

Nasib nyata tidak menyebelahi dua lelaki apabila tindakan mereka mencuri dua lembu dengan menyumbatnya dalam Proton Wira Aeroback tidak berjaya apabila kenderaan terbabit terbabas dalam longkang di Kawasan Industri Kelang Lama di sini, semalam.

Sumber berkata, polis menerima maklumat daripada orang ramai mengenai sebuah kereta terbabas dalam longkang di hadapan sebuah kilang di kawasan berkenaan.

Menurutnya, kereta terbabit dipercayai dipandu laju, hilang kawalan akibat jalan licin dan tersekat dalam longkang terbabit.

“Kedua-dua mereka melarikan diri meninggalkan dua lembu itu dalam keadaan lali.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tempat duduk belakang diubah suai. Kerusinya dibuang memudahkan mereka menyumbat lembu terbabit.“Dua ekor lembu termasuk seekor anak yang ditemui dalam kereta itu lemah kesan ubat pelali,” katanya.

Menurutnya, polis turut menemui dua batang sumpit dan ubat pelali yang dipercayai digunakan suspek untuk menangkap lembu terbabit. (HMetro)

Jumaat, 24 Februari 2012

17 tahun, 2 kebakaran

Tujuh belas tahun lalu , keluarga Jumahat Samsuri, 60, pernah tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran.

Walaupun berdoa semoga kejadian itu hanya berlaku sekali dalam hidup, namun takdir tetap menguji ketabahan hati mereka apabila kejadian serupa menimpa lagi pagi ini.

Rumah yang didiami Jumahat bersama isteri, Siti Khadijah Sadirin, 53, dan anak bongsu mereka di Kampung Jawa Hulu Pulai Sebatang di sini musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 11.30 pagi.

Bagaimanapun, mujurlah tiada siapa berada di rumah ketika kejadian kerana dia dan isteri keluar bekerja, manakala anak bongsunya belajar di tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Baloi.

Menurut Jumahat, rumah berkenaan dibina di bawah projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) selepas kejadian pertama.

“Ibu saya, Salamah Mat Kisan, 75, yang tinggal di rumah bersebelahan ternampak api mula marak di bahagian dapur sebelum terdengar bunyi letupan.

“Ibu cuba padamkan api dengan menyiram air menggunakan baldi tetapi api terus marak sehingga ke bahagian hadapan rumah. Ibu saya kemudian meminta bantuan jiran,” katanya yang mempunyai enam orang anak.

Khamis, 23 Februari 2012

Joke lemah semangat hari ni

Seekor unta kecil bertanya kpd ibunya, “Ibu kenapa tapak kakiku besar dan  hanya terdiri dari tiga jari?”

Ibu unta menjawab, “Kita kan unta, kaki seperti itu bagus utk merentasi gurun agar kaki tidak tenggelam dalam pasir.”

“Lagi kenapa bulu mataku panjang?” tanya anak unta lagi.

“Jika kita berjalan di gurun, pasir-pasir selalu beterbangan. Bulu mata yang  panjang akan melindungi matamu dari dimasuki pasir,” jawab ibunya.

“Di belakang aku ada bonggol. Itu utk apa?” tanya anak unta lagi.

“Itu utk menyimpan air. Jadi kalau kita berjalan melintasi gurun yang susah  nak cari air, kita boleh bertahan walaupun tidak minum berhari-hari,” jawab ibunya dengan sabar.

Setelah sekian lama terdiam, anak unta berkata lagi, “Jadi kita punya tapak kaki lebar, bulu mata panjang dan bonggol di belakang adalah untuk hidup di gurun…”

“Benar sayang,” jawab induknya.

“So, naper kita ada dalam Zoo Johor ni…?”

Nenek dilarikan lembaga hitam

Seorang nenek kepada 30 cucu yang hilang dalam tempoh 24 jam pada Rabu lalu mengadu dilarikan dan dikawal oleh tiga lembaga hitam tidak dikenali sepanjang kehilangannya.

Johara Ahmad, 83, mendakwa, sebelum ditemui jirannya di tengah-tengah sawah dalam keadaan letih, dia dijaga oleh tiga lembaga yang sukar dikenal pasti sama ada lelaki atau perempuan.

Anaknya, Masitah Mat, 60, berkata, ketika kejadian dia keluar ke bank manakala Johara tinggal bersama adiknya, Zurina, 51, di rumah mereka yang terletak di Kampung Sungai Baru Tengah.

Menurutnya, kejadian itu diketahui apabila Zurina menghubunginya dan bertanyakan mengenai ibu mereka yang tiada di dalam rumah.

“Saya menyuruh Zurina mencari ibu di bilik air, namun tiada dan puas dia mencari di sekeliling rumah tetapi gagal ditemui.

"Saya segera pulang ke rumah dan kemudian terus mengajak adik saya untuk mencari ibu sehingga malam, namun tidak jumpa,” katanya kepada Sinar Harian - Sinar Harian

Kasut untuk dipakai bukan dibaling kepada hakim

Seorang imam yang diusir dari kuarters kediamannya atas dakwaan masalah disiplin bertindak membaling kasutnya ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.

Kejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan.

Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan.

Imam berkenaan, Hoslan Hussain, yang tidak diwakili berdiri di barisan meja berhampiran pegawai pendakwa raya dan peguam semasa permohonan itu.

Difahamkan Hoslan merayu kepada Hakim Zulkefli supaya berlembut dan membenarkan permohonannya itu tetapi tetapi hakim dilaporkan mahkamah terpaksa membenarkan bantahan  kerana ia mengikut undang-undang.

Hakim Zulkefli cuba menenangkan Hoslan tetapi beliau dikatakan tidak mahu mendengar alasan berkenaan tetapi sebaliknya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka.

Rabu, 22 Februari 2012

Keluar mulut gajah masuk perut buaya

Gambar dari STAROBA MY

Bukan sekali, bukan dua kali tapi tiga kali

Pasangan suami isteri warga emas kerugian kira-kira RM6,000 setelah dirompak tiga lelaki bersenjata parang dan pedang dalam satu kejadian di rumah mereka di Kampung Sungai Rotan dekat Gurun awal pagi tadi.
   
Dalam kejadian pada pukul 4 pagi itu, mangsa Md Isa Taib, 75, dan isterinya Che Puan Amin, 61, kehilangan wang tunai RM3,000, sebuah komputer riba serta lima telefon bimbit dan ia merupakan kali ketiga keluarga itu dirompak.
   
Che Puan berkata sebelum kejadian, hanya beliau, suami serta anak perempuannya berusia 22 tahun sahaja berada di rumah dan mereka sedang tidur di bilik masing-masing - BERNAMA

Lawak zaman Facebook

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

Penyanyi rap hip-hop anak tiri

Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, semalam.

Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin.

Menurut sumber, dalam laporannya, mangsa mendakwa dinodai bapa tirinya itu sejak berusia tujuh tahun dan kejadian terbaru berlaku pada 9 Februari lalu.

“Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit di rumahnya di Gombak Jaya jam 2 pagi tadi (semalam),” katanya, semalam.

Sumber itu berkata, remaja perempuan terbabit mendakwa dia nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak tujuh tahun lalu selain bimbang keselamatan adik perempuannya yang lain - HMetro

Selasa, 21 Februari 2012

Kena denda RM500 tak tutup lengan

'Saya tak tahu kalau pakai baju pendek dan tidak menutupi lengan salah di sisi undang-undang di Kelantan.' Demikian kata seorang remaja perempuan selepas dikompaun RM500 dalam operasi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) semalam.

Gadis itu adalah antara lima individu yang dikompaun kerana tidak menutup aurat, membuang puntung rokok di kawasan terbuka di samping tidak mempunyai lesen berniaga di kaki lima dan tidak menjaga kebersihan premis.

Operasi pembersihan yang diketuai Inspektor Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI, Mohamad Ali bersama empat pegawai itu bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 1 tengah hari.

Kompaun yang dikenakan termasuk kesalahan tidak tutup aurat dan berniaga di kali lima tanpa lesen dikenakan denda RM500 maksimum di bawah Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 27 (A) dan buang puntung rokok di tempat awam di bawah Seksyen 10 (d) 1983 (Pindaan 1987).

Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat berkata, sepanjang tahun lalu, MPKB-BRI berjaya mengumpul RM70,000 daripada 460 kompaun yang dikeluarkan iaitu 330 kes merupakan kesalahan membuang sampah di merata tempat yang dilakukan premis perniagaan dan 130 merupakan kesalahan individu - Sinar Harian

Selepas wang palsu, kereta palsu, isteri palsu dan kini pencegah maksiat palsu

Seorang remaja yang dipercayai menyamar sebagai penguat kuasa agama yang memukul dan mengarahkan sepasang kekasih berbogel untuk dirakamkan aksi mereka ketika mangsa memadu asmara di Pantai Sura Hujung, di sini, berjaya ditahan.

Manakala dua lagi rakan suspek masih diburu.

Selain bertindak memukul dan merakam gambar bogel mangsa, suspek berumur 18 hingga 20-an itu turut mengugut pasangan kekasih itu supaya membayar sebanyak RM2,000 sekiranya tidak mahu gambar bogel mereka disebarkan dalam kejadian awal pagi Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, pasangan kekasih berumur 20-an yang berada di dalam kereta didatangi tiga lelaki berkenaan.

Pasangan terbabit yang cemas kemudiannya membiarkan ketiga-tiga lelaki terbabit memasuki keretanya dan suspek dikatakan turut memukul serta memaksa pasangan itu menanggalkan pakaian.

Kedua-dua mangsa juga turut mengikut arahan suspek yang merakam gambar bogel mereka dengan telefon bimbitnya.

Selepas merakamkan aksi bogel terbabit, suspek kemudiannya meminta wang tunai sebanyak RM2,000 dimasukkan ke dalam akaunnya bagi mengelak gambar mereka disebar kepada umum.

Mangsa bagaimanapun mendakwa tidak mempunyai wang memandangkan waktu itu bank telah tutup dan selepas berbincang, suspek bersetuju dengan cadangan mangsa yang meminta diberi sedikit masa untuk menjelaskan wang itu pada keesokan harinya.

Suspek kemudiannya melepaskan pasangan terbabit sebelum kedua-dua mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk membuat laporan.

Keesokan harinya mangsa menghubungi suspek untuk bertemu di lokasi di mana mereka ditahan dan ketika tiba di tempat kejadian, kira-kira pukul 9 malam, suspek diserbu polis dan berlaku pergelutan dalam usaha suspek meloloskan diri.

Suspek yang berusia 18 tahun itu berjaya ditahan sebelum dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut manakala dua rakannya itu berjaya melarikan diri.

Turut dirampas sebilah parang panjang daripada suspek dan gerakan memburu dua lagi suspek sedang giat dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supt Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan segelintir mereka yang cuba mengambil kesempatan termasuk menyamar sebagai penjawat awam. BERNAMA

Ahad, 19 Februari 2012

Lawak isteri curang

Dalam satu kejiranan... bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah.

Jadi.....korang faham-fahamlah apa yang dia orang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.

Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah tu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng'freze'kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya,"aik??!!.....dari mana pulak datangnya patung nih??"

"oooo.....patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba. "ooooooo.....begitu." balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur.

Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.

Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan 'patung' itu lalu berkata, "nah....makanlah.".

Si 'patung' berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. Dengan selamba, si suami berkata," aik! tak nak? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la..... Tak macam awak..........dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan..........segelas air pun awak tak bagi!

Pramugari ditiduri hantu raya

CUACA pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja.

Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba pandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya.

Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.

“Bila diamati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu,” tutur Keena, 37.

Putus tunang

Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya. Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya.

Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu.

Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.

“Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.

“Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.

“Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah,” jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.

Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.

Lu bayar wa RM250, wa menari bogel untuk lu

“Memang saya tak bertamadun, sebab itulah kerja macam ini,” demikian pengakuan selamba seorang pelayan pelanggan (GRO) apabila dia dan rakannya ditahan dalam serbuan selepas mempersembahkan tarian bogel di sebuah pusat hiburan di Jalan Datuk, di sini, jam 1 pagi semalam.

Bagaimanapun, janda berusia 26 tahun itu merayu dibebaskan dengan memberi alasan terpaksa menjadi GRO untuk membesarkan dua anaknya.

Difahamkan, janda itu dan rakannya berusia 27 tahun sanggup berbogel di pentas tarian atas permintaan pelanggan dengan upah RM250.

BERITA PENUH

AIDS untuk dijual

Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembawa virus HIV.

Bagaimanapun, persiapan sebelum dan selepas mati memerlukan perbelanjaan besar. Justeru, selagi ada hayat, mereka perlu mengumpul wang sebanyak mungkin walaupun tindakan itu menyebarkan virus maut kepada orang lain.

Itulah tindakan sebahagian wanita pekerja seks dari China yang sanggup ‘berkhidmat’ di negara ini semata-mata untuk mengumpul duit mati sebanyak mungkin.
Mereka mudah berbuat demikian kerana sebahagian besar memiliki pakej sebagai wanita idaman lelaki hidung belang di Malaysia seperti kulit putih gebu, montok dan tinggi lampai.

Ini dibuktikan apabila siasatan polis mendapati ada antara wanita terbabit mampu memperoleh lebih RM30,000 sebulan dengan hanya ‘bekerja’ 20 hari walaupun mengaku menghidap Aids/HIV.

Lebih bahaya, wanita terbabit sebenarnya dikategorikan sebagai gred C iaitu sudah lama ‘berkhidmat’ sebelum beralih angin ke Malaysia, manakala wanita gred A dan B lazimnya menawarkan khidmat di negara sendiri atau negara maju yang mempunyai kuasa beli lebih tinggi.

Rogol isteri orang sangka isteri sendiri

Walaupun sudah mempunyai tiga isteri, seorang lelaki masih gagal mengawal nafsu serakahnya apabila merogol seorang wanita dalam satu kejadian di Jalan Marakau berdekatan Jalan Airport Lama, di sini, malam kelmarin.

Lebih menghairankan, suspek yang berusia 37 tahun merogol isteri rakan karibnya sendiri di dalam van miliknya sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di kampung Kilimu, di sini, jam 8.30 malam.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa berusia 34 tahun menghubungi suspek untuk meminta mengambilnya di pekan Ranau dan menghantarnya pulang kerana dia melanggan perkhidmatan kereta sewa dikendalikan suspek.

Ketika dalam perjalanan pulang, suspek yang dipercayai sedang mabuk, membawa mangsa ke satu kawasan di Jalan Marakau, berdekatan Airport Lama. Mulanya, mangsa menyangka suspek mahu menemui rakannya, namun tiba-tiba suspek menarik tangannya lalu membawa wanita itu ke belakang van sebelum merogolnya.

Selepas melepaskan nafsu setan, suspek menghantar mangsa pulang ke rumahnya, sebelum beredar.

Suami mangsa yang terkejut apabila isterinya menangis teresak-esak sejurus pulang ke rumah meminta mangsa menceritakan apa yang terjadi. Sebaik diberitahu kejadian itu, dia membawa isterinya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau kira-kira jam 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata, sebaik menerima laporan mangsa, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ranau melakukan siasatan.

“Suspek kemudian dicekup di rumahnya di Kampung Marakau tidak sampai satu jam selepas laporan dibuat mangsa.

“Siasatan awal mendapati suspek merogol mangsa kerana menyangkakan wanita itu adalah isterinya disebabkan ketika itu, dia dalam keadaan mabuk. Namun siasatan masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sabtu, 18 Februari 2012

Wanita Melayu 43, kekasih Nigeria 28

Seorang wanita Melayu dan kekasihnya seorang lelaki Nigeria ditahan di ibu negara pada 14 Februari lalu kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan menyeludup dadah yang dianggarkan seberat 75 kg dan bernilai RM18.7 juta ke dalam negara.

Mereka merupakan dalang kepada sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah yang kegiatan mereka berjaya dipatahkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.

Dua keldai dadah yang merupakan lelaki Melayu turut ditahan.

Timbalan Pengarah JKDM Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Siti Baya Berahan berkata, wanita Melayu itu berumur 43 tahun sementara warga Nigeria berkenaan berumur 28 tahun, manakala kedua-dua keldai dadah tersebut berusia 25 dan 27 tahun.

Beliau juga berkata, wanita tempatan itu dipercayai merupakan pemilik sebuah agensi perjalanan di ibu negara sementara kekasihnya itu sedang mengikuti pengajian dalam bidang komputer di sebuah kolej swasta sejak dua tahun lalu.

Pasangan itu ditahan di sebuah rumah di Kepong manakala kedua-dua lelaki berkenaan ditahan di lokasi berasingan ketika melakukan penyerahan bagasi.

Burung Walit: Dulu RM4,000/kg sekarang RM1,000/kg. Lama-lama jadi RM4/kg.

Rakyat negara ini digalak menjadikan sarang Burung Walit sebagai sajian harian kerana ia mengandungi zat serta baik untuk kesihatan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, sehubungan itu, Kementerian Kesihatan akan mengadakan program kempen bagi menggalakkan masyarakat menggemari sajian Burung Walit, yang boleh dibuat sup seperti sup sirip Ikan Yu yang popular di negara ini.

Selain itu, galakan tersebut adalah bagi membantu menyelamatkan industri Burung Walit di negara ini.

“Sekarang ini harga sarang Burung Walit telah merosot daripada RM4,000 sekilogram jatuh sehingga RM1,000 lebih sahaja berikutan pengeluaran yang banyak oleh industri berkenaan,” katanya selepas menghadiri majlis
sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Bersama Orang Asli Kampung Cinta Manis dekat sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, kabinet mengarahkan Kementerian Kesihatan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil langkah sewajarnya bagi menangani masalah tersebut.

Beliau juga berkata, sarang Burung Walit belum popular sebagai sajian makanan di negara ini berbanding di beberapa negara luar. - BERNAMA

Orang berpangkat Datuk pun dapat bantuan RM500

Seorang pemimpin bahagian MCA di Pahang yang berpangkat Datuk turut  menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 dan ini telah menimbulkan tandatanya di kalangan penduduk tempatan dan warga internet.

Pengerusi MCA bahagian Bera, Datuk Tang Hock Lok, yang juga seorang pemimpin masyarakat dan dermawan terkenal di Triang, telah menyumbangkan wang RM500 itu kepada seorang penduduk kampung yang kurang upaya.

Berita mengenai Tang menerima BR1M telah mencetuskan bantahan di beberapa forum internet serta media sosial.

Ramai mempersoalkan kelayakannya untuk menerima bantuan tersebut, dan sama ada program BR1M telah disalahgunakan.

Menurut laporan di akhbar harian Cina hari ini, Tang menolak sebarang dakwaan penipuan.

"Saya memohon melalui prosedur yang betul dan pihak berkuasa telah meluluskan permohonan saya kerana saya layak," Tang dipetik sebagai berkata.

Tang juga dipetik berkata bahawa tidak ada unsur-unsur yang menyalahi undang-undang atau penyalahgunaan kuasa dalam proses tersebut.

Beliau menemui pemberita selepas memberi wang RM500 itu kepada seorang penduduk kurang upaya di kampung baru Triang. Tang adalah ketua kampung di situ.

"Niat awal saya memohon bantuan itu adalah untuk menyumbangkan wang RM500 itu kepada mereka yang memerlukannya," kata Tang -Mkini

Jumaat, 17 Februari 2012

5 tahun meliwat isteri kini mungkin melawat penjara

KANGAR: Tidak tahan dilayan suami seperti binatang setiap kali melakukan hubungan kelamin sejak lima tahun lalu, seorang isteri nekad lari dari rumah dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Kedah, kelmarin.

Dalam laporannya, wanita berusia 38 tahun itu mendakwa suaminya sering melakukan ritual jijik apabila bukan saja suka meliwatnya, malah akan kencing ke mukanya selepas setiap kali mereka bersama.
Mangsa dan suaminya yang berusia 43 tahun berkahwin hampir 20 tahun lalu serta dikurniakan tiga anak tinggal di Bintong, di sini, sejak beberapa tahun lalu.

Pada awal perkahwinan mereka melayari bahtera rumah tangga secara normal, namun selepas menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita lima tahun lalu, dia mula meliwat dan kencing ke muka isterinya setiap kali bersama. Kali terakhir dia melakukan perbuatan itu pada 15 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, mangsa juga mendakwa suaminya mudah naik angin dan memukulnya jika keinginannya untuk melakukan amalan seks keji itu tidak dituruti - myMetro

Kereta polis pun kena curi

Polis Melaka sedang mengesan seorang lelaki yang melarikan kereta MPV polis dari perkarangan balai polis trafik Alor Gajah Selasa lepas.
   
Gerakan mencari yang dilancarkan kemudian menemui semula kenderaan itu yang ditinggalkan di Kampung Panchor, Alor Gajah, kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian, namun lelaki terbabit telah menghilangkan diri.
   
Lelaki terbabit dikenali sebagai Mohd Nazri Drahman, 35, yang mempunyai alamat terakhir di Kampung Baru Kanan, Kemaman, Terengganu.
   
Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, Mohd Nazri hadir ke cawangan polis trafik untuk membuat laporan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.
   
Anggota polis bertugas mengesan lelaki itu tersenarai dalam orang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.

Chuah berkata lelaki itu kemudian mengetahui dirinya dikehendaki polis cuba melarikan diri namun berjaya ditahan.
   
"Ketika suspek dibawa masuk ke dalam kereta MPV polis, dia bertindak bergerak ke tempat duduk bahagian hadapan, mengunci pintu depan lalu memandu melarikan kenderaan tersebut," katanya kepada pemberita di Melaka, hari ini.
   
Chuah berkata, lelaki terbabit yang bekerja sebagai buruh binaan mempunyai ketinggian lebih kurang 152 sentimeter (lima kaki), berbadan kurus selain tangan kanannya patah akibat kemalangan jalan raya pada hari kejadian.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mengenali lelaki terbabit agar menghubungi polis Kontinjen Melaka di talian 06-2851999 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 06-5564153 - Bernama

Isnin, 13 Februari 2012

Tidak tahan mahu melakukan hubungan seksual hingga menahan orang lalu-lalang supaya memuaskan nafsunya

Ada pesakit ‘frontal lobes tumor’ yang boleh menyebabkan tindakan luar biasa atau pelik tidak tahan mahu melakukan hubungan seksual hingga menahan orang lalu-lalang supaya memuaskan nafsunya.

Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pakar Islam Kampung Baru, Dr Rosilawati Abdul Ghani berkata, dia pernah merawat kes seumpama itu yang mempunyai persamaan dengan masalah remaja perempuan berusia 16 tahun yang gemar melakukan hubungan kelamin ketika datang bulan.

“Tabiat seks begitu dianggap tidak normal (abnormal behaviour) dan mungkin juga remaja perempuan berkenaan sakit. Keadaan itu mungkin berpunca daripada ‘frontal lobes tumor’ yang boleh menyebabkan tindakan luar biasa atau pelik.

“Biasanya pesakit yang diserang simptom ini akan melakukan perkara tidak masuk akal tanpa disedari. Dia seolah-olah berada dalam dunia sendiri dan tidak mempedulikan orang lain.

“Penyakit ini selalu menyerang golongan dewasa tidak kira lelaki atau perempuan, namun ia boleh dirawat asal saja mendapatkan nasihat doktor secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan ibu bapa menyangka perubahan anak mereka di bawah pengaruh dadah, namun ramai tidak tahu ‘frontal lobes tumor’ juga boleh menjadi penyebab kepada tabiat pelik.

“Biasanya ibu bapa boleh mengesan perubahan pada anak mereka, namun sikap masyarakat kita gemar buat kerja bertangguh dan membiarkannya hingga melarat.

“Apabila sudah teruk baru berjumpa doktor dan sudah pasti apabila lambat ia akan mengambil masa untuk dirawat,” katanya.

Beliau berkata, paling penting kekuatan dalaman iaitu iman teguh mampu menyelamatkan manusia daripada sesat atau mudah terpedaya dengan hasutan syaitan.

Selain itu, pesakit perlu mendapatkan rawatan daripada pakar sakit jiwa dan doktor supaya simptom ini dapat diatasi segera.

“Pesakit juga masih bawah umur dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membimbing serta memberi sokongan moral kepadanya,” katanya.

Ahad, 12 Februari 2012

Mengapa bola golf patut diharamkan

Tindakan seorang suami yang cuba merangsang nafsu isterinya dengan menggesel bola golf di kemaluan wanita itu membawa padah apabila bola berkenaan tesangkut dan gagal dikeluarkan sehingga wanita itu terpaksa dibawa ke hospital.

Difahamkan, sebaik saja bola golf itu tersekat dalam kemaluan isterinya, lelaki terbabit berusaha mengeluarkannya menggunakan sudu tetapi tidak berjaya.

Kejadian malang itu berlaku Selasa lalu, apabila lelaki berkenaan mengajak isterinya melakukan hubungan intim tetapi ditolak kerana keletihan.

Namun, tindakan suami menggesel bola golf itu tidak disedari isterinya yang sudah nyenyak tidur.

Sumber berkata, wanita berusia 30-an dan mempunyai beberapa anak itu tidak langsung menyedari perbuatan suaminya sehingga terjaga apabila merasa seperti sesuatu masuk dalam kemaluannya.

Apabila tersedar, wanita berkenaan mendapati suaminya sedang menggunakan sudu untuk mengeluarkan bola golf yang tersangkut dalam kemaluannya.

“Bagaimanapun, pada awalnya wanita berkenaan tidak tahu bola golf ada di dalam kemaluannya kerana suaminya enggan memberitahu sebaliknya mahu membawa isterinya ke hospital,” katanya.

Wanita itu dihantar ke Hospital Putrajaya sebelum doktor mengeluarkan bola berkenaan beberapa minit selepas mendapatkan rawatan di situ.

“Wanita berkenaan hanya mengetahui benda yang tersekat itu bola golf selepas doktor berjaya mengeluarkannya,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa yang tidak puas hati dengan kejadian terbabit membuat laporan polis tidak lama selepas itu.

Menurut sumber itu, wanita berkenaan juga mungkin merujuk kes berkenaan ke jabatan agama untuk tindakan susulan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhd Fuad Talib, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.

Isnin, 6 Februari 2012

Bapa, anak berkongsi pelamin

Bermula dengan perkenalan melalui anak mereka yang belajar di kolej sama, seorang pesara kerajaan, Zainal Abidin Nordin, 60, tidak menyangka akan bertemu jodoh sekali lagi bersama dengan kenalan lamanya, Noorazliza Ahmad, 50.

Tambah bermakna, pada majlis persandingan hari ini, Zainal Abidin turut berkongsi pelamin bersama anaknya, Nur Rushida, 25, yang melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya, Mohd. Firdaus Mohd. Husin, 27.

Zainal Abidin yang mempunyai lima anak dan tujuh cucu hasil perkahwinan pertamanya menyifatkan perkahwinan kali kedua ini adalah jodoh yang telah ditentukan Ilahi.

“Saya rasa hubungan kami bermula secara kebetulan kerana kami kehilangan pasangan masing-masing pada tahun yang sama dan kami berkenalan kerana usaha anak-anak yang ingin melihat kami disatukan.

“Setelah dua tahun setengah berkenalan dan yakin dia mampu menjaga saya dan anak-anak, akhirnya saya melamar dia,” katanya kepada Utusan Malaysia pada majlis resepsi mereka di sini hari ini.

Menurut Zainal Abidin, dia bersyukur kerana majlis hari ini berjalan lancar dan berdoa supaya perkahwinan anaknya kekal hingga ke akhir hayat.

Sementara itu, bagi Noorazliza, sifat penyayang dan ambil berat suami terhadapnya serta anak-anak menyebabkan dia tertarik untuk mengenali lebih dekat bakal suaminya pada ketika itu.

“Kebiasaannya kami selalu berhubung melalui telefon sahaja dan suami saya yang selalu menelefon bertanya tentang keadaan saya dan anak-anak.

“Kami jarang keluar berdua kerana kebanyakan masa pertemuan kami adalah melalui aktiviti yang melibatkan anak-anak kami seperti menonton tengok wayang dan riadah,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai perancangan masa terdekat, pasangan mempelai warga emas itu merancang untuk berbulan madu di Padang, Indonesia.

Sementara itu, Nur Rushida yang berkerja sebagai guru Tabika Kemas di sini menganggap hari ini sebagai paling istimewa dalam hidupnya kerana berkongsi pelamin dengan bapanya.

“Perkahwinan seperti ini adalah sesuatu yang jarang berlaku dan saya merasa bertuah kerana berpeluang untuk mengadakan majlis perkahwinan yang cukup unik ini,” ujarnya.

Majlis perkahwinan kedua-dua mempelai tersebut turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Datuk Ir. Muhammad Bushro Mat Johor.

Ahad, 5 Februari 2012

Marahkan rumah, isteri dibakar

Seorang penagih dadah bukan saja bertindak ganas, malah tergamak membakar muka isteri hingga melecur di mata ketika meminta wang daripada anak mereka di Kampung Kedai Buluh, Badang, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 7 malam, mangsa berusia 40 tahun dikatakan turut dihentak oleh suspek menggunakan kerusi.

Difahamkan, suspek yang juga berusia 40 tahun sebelum itu meminta wang daripada anaknya berusia 19 tahun dan terus meluru mengambil dompetnya di bilik.

Suspek kemudian keluar dan terserempak dengan mangsa sebelum mengamuk serta bertindak ganas.

Dia mengambil pemetik api dan membakar wang kertas RM1 di mata kiri mangsa yang dalam ketakutan.

Bagaimanapun, anaknya yang turut melihat tindakan suspek tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu ibunya.

Mangsa meminta anaknya membuat laporan polis sebelum melarikan diri bersama seorang lagi anak berusia dua tahun.

Susulan laporan polis diterima, suspek ditahan di rumahnya pada jam 8 malam semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Beliau berkata, suspek dikatakan baru selesai menjalani hukuman di penjara membabitkan kes dadah.

Katanya, suspek yang ditahan sehari selepas kejadian kemudian direman empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 324 iaitu sengaja menyebabkan kecederaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

“Ketika ditahan, suspek turut ditemui bersama tiub straw dipercayai mengandungi dadah. Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II),” katanya - Metro

Isteri tinggal suami

Terlalu taksub dengan ideologi dimomokkan Azhar Wahab, rumah tangga seorang pengikut wanita yang dibina selama 18 tahun musnah dan lebih malang, anak bongsunya tidak dapat mengalami alam persekolahan akibat berpindah-randah.

Bekas suami pengikut ajaran sesat itu dikenali sebagai Rahim, 52, mendakwa mahligai dibina bersama isteri sejak 1986 runtuh pada 2004 sebaik isterinya mendekati ajaran berkenaan dan semakin kerap pulang ke kampung halaman hingga mengabaikan keluarga.

“Sejak kami berkahwin, saya membenarkan Normah (bukan nama sebenar) pulang ke Rembau, Negeri Sembilan sekurang-kurangnya dua kali sebulan. “Tempoh dua tahun terakhir perkahwinan kami, hampir setiap minggu dia pulang ke sana bermula petang Jumaat hingga Ahad. Lebih teruk, anak dibiarkan di rumah hingga terabai.

“Permulaannya, saya tak kisah dia pulang kampung dengan alasan menjenguk ibu bapa, namun kebelakangan itu, Normah mula bersikap pelik, malah gaji bulanan sebagai setiausaha di syarikat swasta mencecah RM3,000 turut habis sedangkan segala perbelanjaan rumah, dapur, bil, anak ditanggung sepenuhnya oleh saya kerana ia tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga. Jadi mustahil, duitnya habis begitu saja,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di Balai Berita, di sini.

Katanya, apabila disoal mengenai gajinya, Normah hanya mendiamkan diri.

Rahman berkata, kemuncaknya sebaik pulang daripada kampung, bekas isterinya menyatakan hasrat untuk ‘berubah’, menyebabkan dia gembira dengan keinginan Normah.

“Saya gembira jika dia ingin berubah dan berubat, tapi menimbulkan keraguan ialah amalan bai’ah (perakuan sumpah setia) dilakukan mereka seperti memakan ketulan ais sebagai syarat mendapatkan karamah (kemuliaan) daripada guru.

“Lebih mengejutkan, dia memaklumkan guru itu bagus dan memiliki keistimewaan seperti berbicara dengan semua jenis binatang, termasuk dugong yang dulunya popular di Johor.

“Sejak itu, saya melarang Normah balik kampung kerana bimbang dia terpengaruh dengan ajaran menyeleweng. Namun, niat itu disalah erti apabila dia menganggap saya ingin memutuskan silaturahim dengan keluarganya,” katanya.

Kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pemimpin ajaran itu, Rahman mengambil pendekatan menasihati Normah, malangnya bekas isterinya seolah-olah terlalu taksub dengan setiap kata-kata diluahkan Azhar Wahab - Metro

Kemuncaknya, bekas isterinya sanggup menggantungkan potret ‘tok gurunya’ berlatarbelakangkan helikopter di ruang tamu rumah, sedangkan gambar keluarga mereka tidak pernah digantung sedemikian.
Menurut Rahman, dia pernah bertemu Azhar Wahab pada satu majlis di rumah bekas mentuanya di Kampung Batu, Rembau dan ketika itu perwatakannya kelihatan warak.

Sebaik berakhirnya ikatan perkahwinan, Rahman menyerahkan rumahnya di Ampang kepada bekas isteri untuk diduduki bersama tiga anak lelaki mereka. Bagaimanapun, kediaman itu kemudian dijual tanpa pengetahuan Rahman dan mereka menyewa di Sri Damansara.

Sejurus berakhirnya tempoh edah, Rahman diberitahu bekas isterinya berkahwin semula dengan seorang pengikut Azhar Wahab.

Naluri seorang bapa ingin menemui warisnya membawa kepada pendedahan mengenai tiga anaknya diabai tanpa penjagaan bekas isteri yang sibuk menguruskan hal berkaitan Azhar Wahab selepas berhenti kerja.
Nekad untuk membela nasib anaknya, Rahman cuba mendapatkan hak penjagaan sebelum bekas isterinya berpindah ke Sabah sebelum menetap di Sungai Petani hingga sekarang.

Katanya, akibat kerap berpindah-randah, anaknya tidak menerima pendidikan sempurna, malah anak bongsunya dilaporkan menuntut di Pusat Tahfiz Amal, Yan, Kedah.

Rahman mengesyaki anak sulung dan keduanya bekerja dengan syarikat milik Azhar Wahab berikutan pernah melihat komputer riba mereka tertera logo perniagaan berkenaan.

Bimbang dengan aktiviti penjualan barangan bagi mengutip dana yang membabitkan anaknya, Rahman berharap pihak berwajib dapat bertindak tegas sebelum lebih ramai kanak-kanak dan pelajar menjadi mangsa.

Sabtu, 4 Februari 2012

Lu cari pakwe lain, wa langgar lu punya kereta

Api cemburu yang meluap-luap seorang suami terhadap isterinya yang disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain menyebabkannya bertindak di luar kawalan apabila melanggar kereta jenis Perodua Myvi wanita itu lebih kurang 40 kali menggunakan lori seberat dua tan kelmarin.

Kejadian pukul 11.30 malam yang turut mencemaskan jiran-jiran di Taman Suria, Kampung Desa Aman di sini itu berlaku apabila pemandu lori berusia lingkungan 40-an terbabit hilang sabar selepas bertengkar dengan isterinya di dalam rumah teres dua tingkat itu mengenai dakwaan berkenaan.

Dia yang gagal mengawal emosi kemudian mencapai kunci lori lalu keluar rumah sebelum melanggar kereta Perodua Myvi yang sering dinaiki isterinya kira-kira 40 kali hingga mengakibatkan bahagian depan kenderaan itu rosak teruk untuk melepaskan geram.
Lori itu pula hanya mengalami kerosakan kecil di bahagian depan.

Difahamkan, isteri lelaki itu merupakan pengusaha kantin di sebuah kilang berdekatan rumahnya di sini.
Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, dia ada mendengar bunyi orang bergaduh di dalam rumah itu sebelum lelaki tersebut keluar dalam keadaan marah-marah.

“Dia terus masuk dalam lori seberat dua tan itu lalu melanggarnya berulang kali. Saya rasa dia bertindak demikian kira-kira 40 kali hingga kereta itu seperti terlibat dalam kemalangan teruk.

“Bukan itu sahaja, tindakan lelaki itu turut mengakibatkan pintu pagar rumah saya dan rumah seorang lagi jiran rosak akibat dilanggar lori yang dipandunya,” ceritanya ketika ditemui.